Friday 13 April 2012

....................

Assalamualaikum
Tatkala jari mula menari,
pelbagai kata2 telah terisi,
cuba mencari sesuatu memori,
agar senyuman dapat dikongsi......

Rindu hati kepada kluarga sentiasa menari-nari di dalam jiwa...
di sini,smua orang cuba mencari identiti mereka sendiri..
setiap masalah yang dihadapi,smuanya dengan setenang yang mungkin mahu dihadapi...
Namun,kesukaran dan kepayahan sentiasa datang dari setiap penjuru....
kepada siapakah harus dikongsi....??
kepada siapakah harus dicari??
kemanakah harus kita kembali??

nok royak ke sapo deh??

jikalau tidak diberitahu pun,kite pasti sudah tahu kepada siapa kite harus kembali...
kepada siapa kita harus meminta pertolongan...
kepada siapa kita harus sentiasa meminta keampunan dan keredhaan...

Tapi,kita sentiasa lupa utk berusaha sendiri utk keluar dari kepompong masalah itu sendiri...
Allah Maha Adil Lagi Maha Pemurah...

Dihadirkan oleh-Nya dalam hidup kita ini pelbagai insan dengan pelbagai personaliti yang membuatkan kita lebih memahami erti sebenar kehidupan..
Dihadirkan juga oleh-Nya insan bernama sahabat yg sentiasa membantu dalam kehidupan kita seharian..
Meskipun dengan pelbagai sifat dan perangai,mereka tetap mengajar kite menjadi insan yang lbih baik..
Fahamilah mereka,bersangka baiklah selalu..
InsyaAllah,jalan keluar sentiasa ada untukmu....

No comments:

Post a Comment