Tuesday 30 October 2012

Cita2 tertinggi

Cita-cita

Sekian lama kita cuba memahami diri kita sendiri,
cuba mencari apa yang sembunyi,
cuba menangkap apa yang sedang berlari,
namun kita lupa,apa yang hati kita paling ingini.....

tutup matamu,lapangkan hatimu,
cuba bertanya,apa yang kamu kejarkan selama ini.....
adakah semuanya sekadar mencari cita2 duniawi.....
atau sentiasa juga cuba mncari ketenangan hakiki....

Lihat sekelilingmu,
dimana insan yang paling kamu sayangi....
jika insan itu telah tiada,dimana dapat kau cari....
jika kau umat yang setia,cinta siapa yang paling kau hargai...

terbaca aku satu nukilan ukhrawi,
bagaimana ingin bertemu Nabi.....
cuba kita utk memahami....
moga jumpa cinta sejati.....

'Berkata seorang pelajar kepada gurunya,.....
"wahai guruku,bagaimanakah dapat ku jumpa dengan Nabiku dan Nabimu..sesungguhnya aku ingin skali bertemu dengannya...adakah jalan yang mampu bagi aku bertemu dengannya meskipun dalam mimpi"....

Balas gurunya....
"Dirimu ingin bertemu Rasul.....baiklah...datang ke rumahku...aku akan menceritakan kepadamu bagaimana ingin bertemu dengan Rasulullah...."

maka gembiralah si pelajar akan janji gurunya itu. Maka pada malam itu pergilah dirinya di rumah gurunya..Maka disediakanlah oleh gurunya juadah2 bagi tetamu yang datang ke rumahnya..

Namun ada muslihat di sebalik juadah2 itu..kesemua makanan itu sengaja dibuat masin dan tidak disediakan langsung oleh gurunya minuman yang dapat menghilangkan rasa dahaga kerana terlalu byk makan makanan yang masin..

maka makanlah si pelajar itu tadi dgn selera kerana lapar..Pabila kenyang,terasa dahaga yang amat sangat..lau bertanya pelajar itu kepada gurunya..
"wahai guruku,tiadakah engkau sedikit air bagiku yang sedang dahaga ini?"..

jawab si guru,
"tidak...sesungguhnya rumahku ini tiada air minuman untukkmu,,,malam sudah semakin dalam..tidurlah anakku"....

maka tidurlah si pelajar dengan keadaan dahaga yang amat hingga lupa akan soalan yang diajukan kepada gurunya tentang cara2 bertemu dengan Rasulullah S.A.W...

tatkala dia terjaga pada keesokannya,diberi minum olehnya dari gurunya...lalu pantas diminum air itu..
teringat oleh dirinya akan tujuan sebenar dia ke rumah gurunya..Maka bertanya dia kepada gurunya..
"wahai guruku,sesungguhnya semalam dirimu masih belum menceritakan tentang cara2 bertemu dengan Rasul'....

Maka jawab si guru,
"wahai anakku,semalam tatkala kau tidur,apa yang kauu mimpikan.....?"

jawab si pelajar,
"sesungguhnya aku bermimpi ak dikelilingi air yang banyak"

jawab si guru,
"maka itulah jawapan kepada soalanmu itu..Kamu bermimpi sedemikian kerana kamu sangat menginginkan air pada waktu itu..jadi jika kamu ingin bermimpi bertemu dengan rasulmu,maka perlulah ada dalam hatimu kecintaan terhadapnya lebih dari kecintaanmu kepada air pada waktu itu"..

daripada kisah ini,mudah disimpulkn,jika kita ingin bermimpikan nabi....perlulah kita mencintai Nabi kita sendiri...adalah sangat beruntung sesiapa yang dapat bermimpi bertemu Nabi....
marilah kita sama2 berusaha mencintai nabi kita Nabi Muhammad S.A.W....moga doa kita semua dikabulkan..

Friday 13 April 2012

Satu Rindu

Assalamualaikum...
Rindu aku kepada kamu ibarat rindu sebuah kereta kepada pemandunya...
sayang aku kepada kamu ibarat bunga menanti siraman paginya..
taat dan menghormati kamu umpama soalan matematik yg memerlukan formula bg menyelesaikannya..

Satu rindu untuk kamu...
membalas jasa menabur kasih...
senyumanmu, idamanku ibu...
menebar cinta tanpa berpalih...


saat diriku mula bertatih,
pandanganmu tajam tidak berkalih,
memandangku bimbang andai terlebih,
kini berjalan saling bersilih...

andai mampu kuucapkan rindu,
kepada kamu aku luahkan,
terimalah cinta dari anakmu,
rahmat Allah kita dambakan....

....................

Assalamualaikum
Tatkala jari mula menari,
pelbagai kata2 telah terisi,
cuba mencari sesuatu memori,
agar senyuman dapat dikongsi......

Rindu hati kepada kluarga sentiasa menari-nari di dalam jiwa...
di sini,smua orang cuba mencari identiti mereka sendiri..
setiap masalah yang dihadapi,smuanya dengan setenang yang mungkin mahu dihadapi...
Namun,kesukaran dan kepayahan sentiasa datang dari setiap penjuru....
kepada siapakah harus dikongsi....??
kepada siapakah harus dicari??
kemanakah harus kita kembali??

nok royak ke sapo deh??

jikalau tidak diberitahu pun,kite pasti sudah tahu kepada siapa kite harus kembali...
kepada siapa kita harus meminta pertolongan...
kepada siapa kita harus sentiasa meminta keampunan dan keredhaan...

Tapi,kita sentiasa lupa utk berusaha sendiri utk keluar dari kepompong masalah itu sendiri...
Allah Maha Adil Lagi Maha Pemurah...

Dihadirkan oleh-Nya dalam hidup kita ini pelbagai insan dengan pelbagai personaliti yang membuatkan kita lebih memahami erti sebenar kehidupan..
Dihadirkan juga oleh-Nya insan bernama sahabat yg sentiasa membantu dalam kehidupan kita seharian..
Meskipun dengan pelbagai sifat dan perangai,mereka tetap mengajar kite menjadi insan yang lbih baik..
Fahamilah mereka,bersangka baiklah selalu..
InsyaAllah,jalan keluar sentiasa ada untukmu....

Thursday 12 April 2012

Kenangan Masa lalU.....

Assalamualaikum....

Saat mata terpejam seketika,
jari jemari tetap ligat menulis kata2....
menterjemah segala apa yg terbuku di dada...
ingin menceritakan apa yg tersirat di dasar makna..

dalam diam segalanya berubah,
dahulunya kecil,kini mula membesar...
ku lihat smua teman2 ku semakin gagah,
menempuh stiap hari yg bakal mendatang


setiap incinya memberi bahagia


setiap katanya membawa makna

dengan pelbagai gerak dan kata2

wlaupun dengan bahase/loghat berlainan
(*metvet)


tetap manis setiap ketika


speecless....
(*no komen)

setiap individu ada sifatnya,
gabungan kesemuanya membawa bhgia...
palsulh kata si pembelit kata...
jauh dari nusantara,sentiasa kecewa...

semakin lama makin ku sedar,
kenapa perlu berduka hati,
kluarga baru ade dicni...
kluarga di sana setia menanti...



Senyumannya.....

mula bertemu tnpa disangka....
melihat dirinya bgai cahaya,
niat di dada berkwn sahaja,
xdisangka bgai ayahnya pula...

Assalamualaikum....
pernah seorang teman bertanya....
Kenapa begitu penting bgi seseorg itu sentiasa senyum mnebarkan kebahagiaan dalam dirinya kepada orang lain??
kenapa perlu sentiasa senyum bgi mnjaga hubungan dengan org lain??
Adakah mampu bgi diri kamu utk terus senyum sedangkan ianya menyakitkan hati pada setiap masa??

apakah jwpan bg semua itu??
semua jwpn itu sebenarnya tidak pernah wujud.....
kerana setiap individu mempunyai pilihan utk menentukan jwpn mereka sendiri...

MAKA.....
kepada diri KAMU,
PEN!!!!!!!!

jgn dirimu selalu bersedih tatkala dirimu sentiasa dipinggirkan...
kerana sentiasa ade teman lain bgi kamu meluahkan setiap ape yg terbuku di dada...

Usah dipendam api di dada,
bimbang panasnya membakar diri,
andai hatimu tidak berdaya,
kawanmu slalu ade utk menemani.....

Wednesday 22 February 2012

Terima Kasih

Stiap orang takkan pernah lari dri rse sakit hati...
terpulang samada sakit secara sengaja,mahupun secara tiba2....
Orang lain seringkali menyarankan pula bahawa memaafkn lebih baik dri berdendam...
tetapi,
memaafkn juga xlah semudah yg disangka....

tatkala mereka suka berkata belakang

terasa diri seperti diperbodohkan

membuatkn diri terasa kesunyian...

Namun kini,setelah satu persatu masalah difahami,
mencari sendiri jalan penyelesaian yg enth ke mana pergi,
berjaya keluar dari kepompong sndiri...

smuanya berkat nasihat dari insan bergelar sahabat...
pemberi nasihat ketika perlu

seorang yg boley dibawa ketawa

tempat utk sntiasa bercerita

*xjumpa ayat yg sesuai...

pakar penterjemah resepi internet...

Setiap seorg dripada semua ada keistimewaan diri masing2...
dgn pelbagai gelagat & gelak tawa mnjadikn suasana di sini bgitu meriah dan manis utk diingati...
Knp perlu bersedih ketika smua org gembira??

Walaupun kadang2 smua itu berlaku secara tak sengaja,
*kdg2 disengajakn
smua itu tidak salah kerana smuanya mengingatkn kita bhwa hdup ini ciptaan Allah S.W.T penuh dgn warna warni....
Diciptakan dari setiap seseorg itu pelbagai variasi,sifat,warna kulit dan personaliti....
Tinggal kita utk memahami apa yg perlu kita lakukan dan apa yg perlu kita fahami..

Tatkala smua masalah telah kita fahami....
& sentiasa berusaha utk mengatasi...
kegembiraan itu smuanya akn datang sendiri

Terima kasih juga kpd kamu.....

pemberi semangat ketika bisu,
pendengar setia ketika keluh,
pemberi kata tatkala lesu,
peneman setia tatkala jatuh.....

tq