Tuesday 30 October 2012

Cita2 tertinggi

Cita-cita

Sekian lama kita cuba memahami diri kita sendiri,
cuba mencari apa yang sembunyi,
cuba menangkap apa yang sedang berlari,
namun kita lupa,apa yang hati kita paling ingini.....

tutup matamu,lapangkan hatimu,
cuba bertanya,apa yang kamu kejarkan selama ini.....
adakah semuanya sekadar mencari cita2 duniawi.....
atau sentiasa juga cuba mncari ketenangan hakiki....

Lihat sekelilingmu,
dimana insan yang paling kamu sayangi....
jika insan itu telah tiada,dimana dapat kau cari....
jika kau umat yang setia,cinta siapa yang paling kau hargai...

terbaca aku satu nukilan ukhrawi,
bagaimana ingin bertemu Nabi.....
cuba kita utk memahami....
moga jumpa cinta sejati.....

'Berkata seorang pelajar kepada gurunya,.....
"wahai guruku,bagaimanakah dapat ku jumpa dengan Nabiku dan Nabimu..sesungguhnya aku ingin skali bertemu dengannya...adakah jalan yang mampu bagi aku bertemu dengannya meskipun dalam mimpi"....

Balas gurunya....
"Dirimu ingin bertemu Rasul.....baiklah...datang ke rumahku...aku akan menceritakan kepadamu bagaimana ingin bertemu dengan Rasulullah...."

maka gembiralah si pelajar akan janji gurunya itu. Maka pada malam itu pergilah dirinya di rumah gurunya..Maka disediakanlah oleh gurunya juadah2 bagi tetamu yang datang ke rumahnya..

Namun ada muslihat di sebalik juadah2 itu..kesemua makanan itu sengaja dibuat masin dan tidak disediakan langsung oleh gurunya minuman yang dapat menghilangkan rasa dahaga kerana terlalu byk makan makanan yang masin..

maka makanlah si pelajar itu tadi dgn selera kerana lapar..Pabila kenyang,terasa dahaga yang amat sangat..lau bertanya pelajar itu kepada gurunya..
"wahai guruku,tiadakah engkau sedikit air bagiku yang sedang dahaga ini?"..

jawab si guru,
"tidak...sesungguhnya rumahku ini tiada air minuman untukkmu,,,malam sudah semakin dalam..tidurlah anakku"....

maka tidurlah si pelajar dengan keadaan dahaga yang amat hingga lupa akan soalan yang diajukan kepada gurunya tentang cara2 bertemu dengan Rasulullah S.A.W...

tatkala dia terjaga pada keesokannya,diberi minum olehnya dari gurunya...lalu pantas diminum air itu..
teringat oleh dirinya akan tujuan sebenar dia ke rumah gurunya..Maka bertanya dia kepada gurunya..
"wahai guruku,sesungguhnya semalam dirimu masih belum menceritakan tentang cara2 bertemu dengan Rasul'....

Maka jawab si guru,
"wahai anakku,semalam tatkala kau tidur,apa yang kauu mimpikan.....?"

jawab si pelajar,
"sesungguhnya aku bermimpi ak dikelilingi air yang banyak"

jawab si guru,
"maka itulah jawapan kepada soalanmu itu..Kamu bermimpi sedemikian kerana kamu sangat menginginkan air pada waktu itu..jadi jika kamu ingin bermimpi bertemu dengan rasulmu,maka perlulah ada dalam hatimu kecintaan terhadapnya lebih dari kecintaanmu kepada air pada waktu itu"..

daripada kisah ini,mudah disimpulkn,jika kita ingin bermimpikan nabi....perlulah kita mencintai Nabi kita sendiri...adalah sangat beruntung sesiapa yang dapat bermimpi bertemu Nabi....
marilah kita sama2 berusaha mencintai nabi kita Nabi Muhammad S.A.W....moga doa kita semua dikabulkan..

No comments:

Post a Comment